
Berikut pokok bahasan dari makna “KULLU”di tinjau dari Al-Qur-an dan Khadist:
Kalimah "Kullu" menurut ahli bahasa adalah salah satu bentuk kata umum. Imam Syatibi menjelaskan kaedah hadis ini yang menekankan kalimah kullu, yaitu:
مَحْمُوْلٌ عِنْدَ الْعَلَمَاء عَلَى عَمُوْمِهِ ، لاَيُسْتِثْنَى مِنْهُ شَيْءٌ اَلْبَتَّة وَلَيْسَ فِيْهَا مَا هُوَا حَسَنٌ اَصْلاً
"Menurut ulama, hadist ini diterapkan pada keumumannya tanpa ada pengecualian apa pun darinya. Pada bid'ah (di hadist ini pula) sama sekali tidak ada yang disebut (bid'ah) yang baik". (الفتوى Hlm. 180-18 Syatibi. Lihat: علم اصول البدع hlm. 91 Ali Hasan).
Antara fungsi kalimah (كُلُّ) yang digunakan oleh hadist di atas, dapat difahami dan diartikan dengan betul dan sempurna hanya melalui tatacara dan kaedah Bahasa Arab saja yang mana kalimah tersebut hanya boleh diartikan kepada makna: "Semua atau Kesemuanya".
Kalimah atau perkataan (كُلُّ) di dalam hadist ini adalah kalimah yang digunakan dalam Bahasa Arab untuk menjelaskan kepadatan atau kepastian yang semata-mata hanya memberi makna "Semuanya". Kalimah ini juga diistilahkan sebagai kalimah (جَامِعَةٌ) yang digunakan dalam Bahasa Arab hanya untuk menerangkan atau menunjukkan "kesemuanya atau keseluruhannya" tanpa adanya pengecualian sama sekali.
Dengan penjelasan ini perlu diberi penekanan dan perhatian yang serius bahawa kalimah (كُلُّ) dalam Bahasa Arab hanya memberi makna, arti dan maksud: "Semuanya atau Keseluruhannya". Ia sama sekali tidak boleh diterjemahkan kepada makna, arti atau maksud: "Separuh, Sebahagian atau Setengah". Maka hadist ini tidak membisakan dalam hukum antara satu bid'ah dengan bid'ah yang lain, yaitu tidak ada bid'ah hasanah dalam urusan agama.
Jika difahami kalimah kullu di hadist yang dibincangkan ini secara lahiriyah dan tabiinya menurut kaidah yang dimaksudkan oleh hadist tersebut, ia hanya memberi satu makna, satu maksud, satu arti dan satu tujuan yaitu "Setiap bid'ah itu pasti sesat" dan tidak boleh diartikan atau diterjemahkan kepada "Separuh, sebahagian atau setengah bid'ah itu baik (tidak sesat)". Menolak hakikat (istilah) kalimah ini samalah seolah-olah menganggap Nabi Shalallahu ‘alaihiwasallam tidak tahu menggunakan istilah Bahasa Arab dengan betul maka anggapan serupa ini adalah kepercayaan yang dianggap bid'ah dan membawa kepada kekufuran yang nyata.
Dengan demikian tidak dapat diterima pendapat yang meyakini bahawa bid'ah dalam urusan agama terbagi kepada dua, tiga atau lima bahagian kerana pembagian seperti itu bertentangan dengan ketegasan dan maksud hadist-hadist yang menjelaskan bahawa hakikat bid'ah jika dilibatkan dalam persoalan syara adalah sesat keseluruhannya. Jika perbuatan menukar maksud dan makna kalimah kullu di hadist ini disengajakan sebagaimana yang dilakukan oleh sebagian pengikut yang berpegang kepada kaidah mantik yang dipengaruhi oleh kaedah Yunani dan para ulama yang menganut pemahaman Tasawuf, ia adalah perbuatan yang fasik dan batil.
Secara ilmiyah, apabila dikembalikan kepada penilaian bahasa al-Quran kalimah atau perkataan (كُلُّ) yang terdapat di dalam al-Quran atau al-Hadist hanya memberi makna "kesemuanya" atau "keseluruhannya".
Untuk memahami satu-satu ayat atau kalimah yang terdapat di dalam al-Quran mestilah melalui panduan dan penafsiran yang telah disyaratkan oleh al-Quran itu sendiri, kemudian barulah melalui panduan as-Sunnah. Begitu juga, cara untuk memahami al-Hadist dan satu-satu kalimah dari hadist-hadist yang shahih dengan betul dan sempurna mestilah melalui al-Quran terlebih dahulu.
Dengan itu untuk memahami kalimah (كُلُّ) di hadist yang sahih ini tentulah melalui landasan kalimah yang seumpamanya yang banyak terdapat di dalam al-Quran. Kalimah kullu ini dapat difahami melalui firman Allah Ta’alla seperti di bawah ini yang menggunakan kalimah yang sama dan mempunyai fungsi yang serupa:
كُلُّ نَفْسٍ ذَآئِقَةُ الْمَوْتِ
"Setiap yang hidup akan merasai mati". (Ali Imran, 3: 185)
Kedudukan kalimah (كُلُّ) pada ayat ini menunjukkan bahawa kalimah kullu tersebut hanya memberi maksud dan makna "semua, setiap atau keseluruhan" tanpa adanya pengecualian. yaitu: "semua, setiap atau keseluruhan yang hidup akan mati" kerana inilah kenyataan yang wajib diyakini oleh setiap orang Islam yang beriman dengan keseluruhan ayat-ayat al-Quran bahawa setiap atau keseluruhan (كُلُّ) yang hidup akan menghadapi kematian kecuali Allah Subhanahu wa Ta'ala sebagaimana juga firman-Nya:
كُلُّ مَنْ عَلَيْهَا فَانٍ وَيَبْقَى وَجْهُ رَبِّكَ ذُوْالْجَلاَلِ وَاْلاِكْرَامِ
"Kesemua yang terdapat di bumi akan binasa dan hanya yang tetap kekal Wajah Tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan". (ar-Rahman, 55: 26-27)
Kedudukan kalimah kullu (كُلُّ) di ayat pertama mempunyai konsep dan fungsi yang sama dengan kedudukan kalimah kullu yang terdapat pada ayat yang kedua. Begitu juga kalimah (كُلُّ) pada kedua-dua ayat di atas ini mempunyai fungsi yang sama pula dengan kalimah kullu di hadist shahih yang telah kita bincarakan dan jelaskan.
Menafsirkan kalimah (كُلُّ) pada kedua-dua ayat di atas kepada pengertian separuh, setengah atau sebahagian adalah merupakan penafsiran atau pengolahan yang fasik lagi batil kerana bertentangan dengan kaedah penafsiran yang betul.
Telah terbukti bahawa kalimah kullu yang terdapat pada hadist tentang bid'ah yang sering menjadi isu ini tidak boleh dimaksudkan, diartikan, disyarahkan atau diterjemahkan kepada pengertian sebagian, setengah atau separuh sebagaimana perbuatan segolongan ulama mantik yang dikacaukan oleh orang Yunani( paham filsafat ) kerana ia bertentangan dengan maksud hadist dan makna dari pengertian kalimah (كُلُّ) di dalam al-Quran dan juga hadist tersebut.
Menurut kaidah atau ketetapan ilmu usul jika sesuatu kalimah diulang berkali-kali di beberapa tempat sebagaimana diulang-ulangnya kalimah kullu (كُلُّ) dalam menetapkan bahawa "setiap (كل) bid'ah itu sesat", maka apabila ia terdapat dalam dalil-dalil (al-Quran, al-Hadist dan atsar yang sahih) maka ia menjadi dalil syarii kulli (دليل شرعي كلي) yaitu: "Pasti setiap (كل) bid'ah itu sesat."
Penolakan adanya bid'ah hasanah di kuatkan dengan kenyataan bahawa tidak pernah terkeluar atau terucap dari LisanNabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa sallam yang mulia walaupun sebuah sabda yang menerangkan adanya bid'ah hasanah (bid'ah yang baik) di dalam amal-ibadah atau akidah. Sebaliknya, pendapat dan ucapan yang mengatakan adanya bid'ah hasanah hanyalah berpuncak dari kekeliruan pemahaman istilah bahasa atau hasil dari kata-kata serta pendapat yang direka oleh ulama su’ dan bukanlah berdasarkan al-Quran, as-Sunnah atau atsar yang sahih.
Pada hakikatnya tidak mungkin ada bid'ah hasanah dalam agama kerana secara jumlah bid'ah semuanya maksiat sebagaimana penjelasan as-syatibi:
وَلاَ شَكَّ اَنَّ الْبِدَعَ مِنَ الْجُمْلَةِ الْمَعْصِيَةِ
"Tidak dapat diragukan bahawa bid'ah secara keseluruhannya adalah maksiat." (Lihat: الاعتصام. Jld. 2. Hlm. 60)
وَانَّ السَّلَفَ لَمْ يُطْلقُوْا لَفْظَ الْبِدْعَةِ اِلاَّ عَلَى مَا هُوَ فِى نَظرِهِمْ مَذْمُوْم
"Sesungguhnya (para ulama) salaf tidak pernah menggunakan lafaz bid'ah kecuali terhadap apa yang mereka dapat tercela (maksiat)." (Lihat: البدع hlm. 182. 'Izzat 'Atiah)
Terdapat segolongan mubtadi' (pembuat bid'ah) beralasan bahawa kalimah "Kullu" dalam hadist yang sedang dibincangkan tidak menunjukkan arti umum dengan dalil bahawa Allah berfirman:
تُدَمِّرُ كُلَّ شَيْءٍ بِاَمْرِ رَبِّهَا
"Yang menghancurkan segala sesuatu dengan perintah Tuhannya". (al-Ahkaf, 56: 25)
Pembuat bid'ah seterusnya beralasan: Dalam ayat yang mulia di atas ini angin tidak menghancurkan segala sesuatu, maka hal ini menunjukkan bahawa kalimah "Kullu" tidak sentiasa menunjukkan arti yang bersifat umum.
Sebagai jawapan terhadap kesilapan mereka, bahawa kalimah "Kullu" dalam ayat di atas menunjukkan arti umum, sebab angin itu menghancurkan segala sesuatu yang diperintahkan oleh Allah Ta’alla untuk dihancurkan dan tidak segala sesuatu yang terdapat di dunia. Penjelasan ini berdasarkan tafsiran Ibn Jarir:
اِنَّمَا عَنَى بِقَوْلِهِ : { تُدَمِّرُ كُلَّ شَيْءٍ بِاَمْرِ رَبِّهَا } مِمَّا اُرْسِلَتْ بِهَلاَكِهِ لاَنَّهَا لَمْ تُدَمِّْ هُوْدًا وَمَنْ كَانَ آمَنَ بِهِ
Sesungguhnya yang dimaksudkan Allah Subhanahu wa ta’alla dengan firmanNya: Yang menghancurkan segala sesuatu dengan perintah Tuhannya. Adalah bahawa angin menghancurkan segala sesuatu yang dikehendaki oleh Allah Ta’alla untuk dihancurkan. Sebab angin tidak menghancurkan Nabi Hud alaihis salam dan orang-orang yang beriman kepadanya". (Lihat: تفسير الطبرى (13/ 26-27))
Imam al-Qurtubi rahimahullah pula menafsirkan ayat di atas sebagai berikut:
اَيُّ كَلُّ شَيْءٍ مَرَّتْ عَلَيْهِ مِنْ رَجَالِ عَادٍ وَاَمْوَالِهَا
"Maksudnya, yang dihancurkan hanyalah segala sesuatu yang dilewati angin dari kaum 'Ad dan harta mereka". (الجامع لاحكام القرآن (16/206). Al-Qurtubi)
Begitu jugalah dengan pendapat para ulama tafsir yang lain tentang kalimah "Kullu" di ayat di atas. Oleh itu, menggunakan dalil bahawa kalimah "Kullu" dalam hadist tidak mengundang arti umum tidak dapat dijadikan hujjah sama sekali.
Syeikh Mulla Ahmad Rumi al-Hanafi amat tegas dalam perkara ini sehingga beliau berkata:
فَمَنْ اَحْدَثَ شَيْئًا يَتَقَرَّبُ بِهِ اِلَىاللهِ تَعَالَى مِنْ قَوْلٍ اَوْ فِعْلٍ ، فَقَدْ شَرَعَ مِنَ الدِّيْنِ مَا لَمْ يَاْذَنْ بِهِ اللهُ فَعُلِمَ اَنَّ كُلَّ بِدْعَةٍ مَنَ الْعِبَادَةِ الدِّيْنِيَّةِ لاَ تُكُوْنُ اِلاَّ سَيِّئَةً
"Sesiapa yang membuat perkara yang baru untuk bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah, baik dalam bentuk ucapan atau perbuatan, sesungguhnya dia telah membuat syariat dalam agama dengan bentuk ibadah keagamaan, ia adalah bid'ah yang keji". (Lihat: علم اصول البدع hlm. 101 Ali Hasan)
Semoga banyak manfaatnya untuk kita semua
Wallahu A’lam