Mutiara yg bersinar dapat dilihat dari kejauhan oleh penghuni langit adalah muslimah solehah. Muslimah yg sejati ini menjadi perhiasan hakiki di dunia yg memperindahkan bumi dan mendamaikan segala keadaan. Muslimah idaman atau lebih tepat wanita yg diidamkan adalah mereka yg tergolong dalam kalangan muslimah solehah dan muslimah yg sejati.,Tuhan menjadikan wanita sebagai ciptaan yg seni dan dijadikan wanita ini mempunyai sifat pemalu yg sebati dalam diri dengan tanpa dididik dan tanpa perlu diajar,ini adalah kerana utk mendidik jiwa kewanitaan iaitu sebagai perisai utk menjaga kualiti harga diri dan maruah agar senantiasa harga diri semakin mahal dan menjadikan maruah sentiasa berharga,dan perlu dijaga daripada jatuhnya harga dan nilai maruah drpd semakin hari semakin murah,semakin murah dan semakin murah.Bagaimana boleh jadi murah??, tepuk dada tanya selera,jika mahal alhamdulillah dan jika sebaliknya, anda perlu ‘upgrade’ diri anda agar semakin hari semakin berharga iaitu dgn nilai taqwa yg tinggi dan taubat drpd lahiriah keikhlasan jiwa anda.
Ciri-ciri muslimah sejati adalah mereka ini akan menghiasi peribadinya dengan
budi pekerti yg luhur dan keimanan yg murni. Fitrah kasih sayang
tersimpan dalam perasaannya yg halus sehingga membuahkan kelembutan dan
kehalusan perasaan insaniah. Jika sentiasa dijaga dengan didikkan
syariah, mereka akan menghiasi taman syurgawi di akhirat kelak
(insyaAllah).Muslimah sejati adalah terdiri daripada orang yg lemah
lembut, manis akhlaknya dan penuh kasih sayang terhadap Tuhan, keluarga
dan masyarakat.sentiasa memelihara kehormatan diri keluarganya.
Fikirkanlah
alangkah indahnya dunia ini jika dihiasi muslimah solehah yg berpegang
teguh dgn ajaran kesucian (Islam) dan menghiasi bibirnya dgn perkataan
yg mulia serta berzikir. Muslimah solehah juga bercirikan hati yg tunduk
dan patuh dgn perintah Allah. Menjalankan kewajipan insani sesuai dgn
kententuan Ilahi. Muslimah sejati bagaikan bunga yg mekar menguntum
menceriakan suasana dan taman-taman .
Perhatian
Islam terhadap wanita tidak sekadar melepaskan batuk di tangga, namun
lebih daripada itu, Wanita diberikan keistimewaan dalam merealisasikan
fantasi dan impiannya.Anugerah keringan dan keistimewaan itu memberikan
keselesaan kepada wanita dalam menjalani tugas dan
tanggungjawabnya.Rasulullah s.a.w. telah mengangkat darjat wanita ke
tahap yang paling tinggi.Sehingga pengorbanan wanita dikenang oleh
setiap insan, kelembutannya meyejukkan hati bila memandang.Antara tokoh
yg berjaya dibentuk oleh Baginda s.a.w. menjadi muslimah sejati ialah
Fatimah, Aisyah, Khadijah, dan banyak lagi yg disebut dalam sejarah
Baginda.Tiada seorang wanita pun yg ingin diseksa dgn penuh kehinaan
lantaran dosa yg dikerjakan.Namun ramai wanita yg suka mendedahkan
aurat, melakukan dosa dll yg menyebabkan ia menjadi penghuni neraka
teramai.Kenapa wanita paling ramai di neraka dan bukan lelaki??
Jawapannya kerana wanita disisi Islam amatlah berharga dan bernilai oleh
itu ia amatlah sensitif dan amat perlu di jaga batasannya dr segi
percakapannya, perlakuannya, pergaulannya, dan lain lagi, ia tidak ubah
seperti’Diamond’ yg perlu dijaga dgn rapi kedudukannya, bekasnnya,
susunannya kerana ia amatlah berharga dan mahal.Setiap nasihat dan
wasiat Rasulullah menjadi pelita dlm kehidupan seorang wanita
solehah.Ingat! wanita solehah merupakan calon penghuni syurga, menjadi
dambaan insan yg beriman dan menjadi idaman.
Semoga menjadi pedoman wanita yg ingin menjadi remaja cemerlang, isteri solehah dan ibu yg penyayang, Insya-Allah.
Posting Komentar Blogger Facebook