0 Comment

sekilas tentang penulis ''laa tahzan''

assalamualaikum..

siapa yang tak mengenal beliau,Dr Aidh Abdullah al-Qarni.. beliau ialah seorang ulama Arab Saudi juga penulis motivasi Islam terkenal di dunia masa kini.

Dr Aidh bin Abdullah al-Qarni dilahirkan pada tahun 1379H di perkampungan al-Qarn, sebelah selatan Arab Saudi. Beliau berasal dari keluarga Majdu' al-Qarni. Memiliki ijazah kesarjanaan dari Fakulti Ushuluddin Universiti Islam Imam Muhammad ibn Su'ud tahun 1403-1404H dan sarjana dalam bidang Hadis Nabi tahun 1408H dengan tesis berjudul al-Bid'ah wa Atsaruha fi ad-Dirayah wa ar-Riwayah (Pengaruh Bid'ah terhadap ilmu Dirayah dan Riwayah Hadis).

Gelaran doktornya diraih dari universiti yang sama pada tahun 1422H dengan judul tesis "Dirasah wa Tahqiq Kitab al-Mafhum 'Ala Shahih Muslim li al-Qurthubi" (Analisis Kitab al-Mafhum 'Ala Shahih Muslim karya al-Qurthubi). Beliau telah menghasilkan lebih dari lapan kaset rakaman yang memuat khutbah, kuliah, ceramah, sejumlah bait syair dan hasil seminar-seminar kesusasteraan.

Dr Aidh Abdullah al-Qarni juga menghafal al-Quran (yang merupakan syarat mutlak sebagai mahasiswa di Arab Saudi, pada umumnya) dan juga hafal kitab hadis Bulughul Maram serta menguasai 5000 hadis dan lebih dari 10000 bait syair Arab lama hingga modern.


La Tahzan, Karyanya Yang Paling Terlaris

Dr Aidh Abdullah al-Qarni ialah penulis buku paling terlaris berjudul La Tahzan. La Tahzan yang 100 halaman pertamanya ditulis di dalam penjara itu meramu ayat-ayat Al-Quran, hadis dan kata-kata mutiara dari para ulama dan pemikir Barat. Bahasan dan bahasanya sangat sederhana, tapi justru itulah kelebihan La Tahzan.

Buku ini sudah diterjemahkan ke dalam 29 bahasa dunia. ''Di Arab Saudi, buku itu sudah dicetak kurang lebih 1,5 juta eksemplar,'' kata Dr Aidh. Di Indonesia dan Malaysia, buku ini juga sempat menjadi buku terlaris. Kelebihan buku beliau terlihat pada bahasan-bahasannya yang fokus, penuh hikmah, dan selalu memberi jeda untuk merenung sebelum berlanjut pada bahasan berikut. Pada bahagian penutup, hadir pula kata-kata bijak yang menjadi intisari tulisan-tulisan sebelumnya.

Dalam bukunya pula, Dr Aidh mengajak pembaca agar tidak menyesali kehidupan, tidak menentang takdir, atau menolak dalil-dalil dalam al-Quran dan sunnah.

Dari 80 buku yang telah beliau tulis, hak cipta empat di antaranya (La Tahzan, Al-Azhamah, Hada’id Dzat Bahjah dan Fih ad-Dalili) telah beliau jual kepada dua orang agen buku di Arab Saudi. Akibatnya, walaupun jutaan buku terjual, Dr Aidh sama sekali tidak mendapatkan apa-apa. Barangkali inilah kekeliruan terbesar dalam hidupnya, yang tidak benar-benar beliau akui.

Selain La Tahzan karya-karya beliau yang lain antaranya 30 Tips Hidup Bahagia, Berbahagialah: Tips Menggapai Kebahagiaan Dunia Akhirat, Menjadi Wanita Paling Bahagia, "Muhammad Ka annaka Tara", Bagaimana Mengakhiri Hari-Harimu dan lain-lain lagi.
Syair-syairnya

Kutanamkan di dalamnya mutiara,
hingga tiba saatnya ia dapat menyinari tanpa mentari
dan berjalan di malam hari tanpa rembulan.
Karena kedua matanya ibarat sihir dan keningnya laksana pedang buatan India
Milik Allahlah setiap bulu mata, leher dan kulit yang indah mempesona.

Sebuah lagi bait syairnya:

Betapapun kulukiskan keagungan-Mu dengan deretan huruf,
Kekudusan-Mu tetap meliputi semua arwah
Engkau tetap yang Maha Agung, sedang semua makna,
akan lebur, mencair, ditengah keagunganMu, wahai Rabbku...

beliau juga dikagumi banyak tokoh islam lainnnya..

"Syeikh Al-Qarni merupakan sosok yang luar biasa. Ini bukan basa-basi atau hiperbola atau memberikan sesuatu yang tidak sesuai dengan kemampuan dan ukurannya. Sungguh, inilah kenyataannya. Ia bukan orang biasa. Kehadirannya, ceramahnya, penampilannya dalam kesungguhan mahupun senda guraunya memenuhi pendengaran dan pandangan manusia. Orang mengingatnya dengan rasa cinta yang dalam, mereka menggemari ceramahnya dan menunggu penampilannya di layar kaca serta merindukan khabarnya."
- Dr Muhammad Khalid

"Syeikh Al-Qarni bukanlah seorang yang kaku, tradisional, kuno, atau menjemukan, malah ia telah menghancurkan pagar-pagar kekakuan dan melepaskan rantai-rantai tradisi serta melepaskan belenggu-belenggu yang mengikat leper-leper para khatib. ia telah menjadi sekolah percontohan dan teladan yang harus diikuti. Ia menghiasi kaset-kaset Islami bagi orang banyak. Ia dicintai oleh pembesar dan dekat dihati umat."
- Dr Nasir Masfar az-Zahroni

itulah sekilas cerita,untuk sekedar mengenal Dr Aidh Abdullah al-Qarni..
semoga bermanfaat..:)

Posting Komentar Blogger

 
Top